SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke Laman Web PHYTAS

LAMAN PAGE PHYTAS DI FACEBOOK

mari like ramai-ramai :)

LAMAN AKADEMIK PHYTAS

Kini anda boleh berkongsi ilmu dan pendapat disini.

AEROBIK YOK!

Setiap Selasa di Padang Angsana.

Tuesday 23 July 2013

KARNIVAL KESIHATAN 2013

KARNIVAL KESIHATAN 2013




Pihak UiTM telah menganjurkan Karnival Kesihatan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 20 hari bulan Jun sehingga 22 hari bulan Jun. Kampus induk UiTM Shah Alam merupakan tuan rumah sepanjang karnival berlangsung. Fakulti Sains Kesihatan dari UiTM kampus Puncak Alam tidak ketinggalan dalam menjayakan karnival tersebut. Jabatan Fisioterapi telah menghantar lima belas orang pelajar yang terdiri daripada pelajar diploma semester tiga dan lima untuk menabur khidmat bakti kepada warga UiTM sepanjang berlangsungnya karnival tersebut.

Slot pemeriksaan postur tubuh badan telah dijalankan pada hari pertama karnival dimana para pengunjung akan dianalisa, dinilai dan diberi pendedahan tentang kepentingan menjaga dan mengekalkan postur badan yang normal. Disamping itu, para pengunjung juga dibimbing dan diajar tentang cara-cara mendapatkan postur tubuh yang seimbang dan sihat agar mereka dapat menjalankan aktiviti-aktiviti harian tanpa masalah.

Sementelahan itu, pengisian untuk hari kedua dan ketiga adalah dengan melaksanakan ujian keseimbangan badan secara berperingkat dan ujian ketahanan otot. Ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap keseimbangan juga tahap ketahanan pengunjung. Dalam pada itu, para pengunjung turut diberi penjelasan berkaitan kondisi fizikal meraka, dan mereka juga digalakkan untuk melakukan beberapa aktiviti fizikal yang mudah agar daya tahan otot mereka boleh ditingkatkan.

 Para peserta yang melibatkan diri tampak berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan. Kebanyakan daripada mereka berazam untuk melakukan aktiviti fizikal yang telah disarankan untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal mereka.

Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa hadapan kerana aktiviti sebegini memberi ruang dan peluang kepada mereka yang sibuk dengan urusan seharian untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan keadaan diri mereka sekaligus memberi suntikan motivasi dalam diri mereka untuk tampil lebih sihat dan bertenaga di hari muka. Perkara ini secara langsung mampu melahirkan sebuah Negara yang mantap kerana mempunyai modal insan yang sihat, bertenaga dan berwawasan.
In sha Allah…