Monday 17 February 2014

PROGRAM SUKAN DAN PERMAINAN TRADISIONAL SEMPENA LAWATAN ANTARABANGSA PELAJAR DARI SUDAN ANJURAN SMF


Pada hari Sabtu, 11 Januari 2014 yang lalu telah berlangsungnya satu program sukan dan permainan tradisional antara pelajar Fisioterapi UiTM Puncak Alam dan pelajar Fakulti Sains Kesihatan dari Sudan. Secara amnya, aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar tersebut tentang permainan tradisional yang menjadi kebanggaan masyarakat majmuk di Malaysia. Antara permainan tradisional yang telah dijalankan termasuklah boling kelapa, baling selipar, galah panjang, teng- teng, batu seremban, ceper, congkak dan gasing. Setelah diamati, terdapat persamaan yang ketara antara permainan di negara Malaysia dan juga negara Sudan, antaranya ialah batu seremban dan juga teng- teng.
            Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan senaman aerobik yang dikendalikan oleh pelajar diploma Fisioterapi semester 2 dan semester 4 di Padang Bola Angsana. Aktiviti ini juga turut disertai oleh pelajar UiTM yang lain dan berakhir pada jam 9.20 pagi. Ketibaan pelajar dari Sudan disambut mesra pada jam 9.00 pagi dan mereka terus diiring ke Kafe Angsana untuk menjamu sarapan pagi. Tepat jam 9.45 pagi permainan tradisional ‘boling kelapa’ bermula dengan taklimat diberikan terlebih dahulu oleh Biro Program. Para peserta dibahagikan ke dalam lima kumpulan iaitu Hijau, Kuning, Merah Jambu, Biru, dan Ungu.
            Setelah itu, aktiviti di teruskan dengan permainan ‘Baling Selipar’. Seperti biasa, taklimat diberikan terlebih dahulu oleh Biro Program sebelum perlawanan bermula. Aktiviti ini berlangsung selama satu jam sebelum juara permainan di umumkan. Sesudahnya permainan tersebut, para peserta diberikan masa untuk berehat dengan selingan pertukaran budaya seperti seni tarian zapin dan juga seni mempertahankan diri silat di Malaysia yang dipersembahkan oleh pelajar UiTM sendiri.
            Acara diteruskan lagi dengan permainan ‘Galah Panjang’. Permainan ini disertai oleh pelajar lelaki dari Sudan serta wakil pelajar lelaki UiTM. Permainan ini berlangsung selama 30 minit. Tepat jam 12.30 tengahari, para peserta bersurai untuk makan tengahari dan merehatkan badan serta memberi laluan kepada solat Zuhur. Para peserta di maklumkan untuk berkumpul semula pada jam 2.30 petang di Bilik Bacaan Angsana untuk aktiviti seterusnya.
            Pada jam 2.30 petang, setelah semua peserta berkumpul aktiviti permainan trasional diteruskan lagi dengan ‘indoor games’. Lima permainan dijalankan serentak dan setiap 30 minit setiap kumpulan akan bertukar – tukar permainan. Setelah selesai semuanya pada jam 4.30 petang, para peserta berehat disajikan dengan minum petang dan seterusnya solat Asar.
            Acara seterusnya ialah perlawanan persahabatan Futsal dan Bola Keranjang antara pelajar UiTM dan pelajar dari Sudan. Kedua- dua aktiviti ini berlangsung secara serentak di gelanggang futsal dan gelanggang bola keranjang padang kawad. Peserta wanita bermain Bola Keranjang manakala peserta lelaki bermain untuk Futsal. Perlawanan ini berlangsung selama 45 minit.

            Acara kemuncak untuk program ini ialah Majlis penutupan dan penyampaian hadiah serta saguhati kepada pemenang. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil Pensyarah Program Fisioterapi, En. Vikram Mohan. Seterusnya majlis menjemput Timbalan Dekan Fakulti Sains Kesihatan ‘International College Of Sudan’ untuk memberi ucapan seterusnya menerima cenderamata yang disampaikan oleh En Vikram. Setelah itu, Majlis memberi laluan kepada para peserta untuk berkongsi pendapat dan pandangan tentang program yang telah dijalankan. Dua orang wakil pelajar Sudan telah tampil ke hadapan untuk memberikan ucapan. Tanpa melengahkan masa, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang. Majlis bersurai tepat jam 6.30 petang. Beberapa sesi fotografi telah di jalankan untuk kenang- kenangan.

 
 senam areobik bersama pelajar-pelajar uitm puncak alam.

 
ketibaan pelajar dan pensyarah dari negara Sudan
 
saraan pagi
 
boling padang. pelajar menunjukkan reaksi positif dengan berinteraksi bersama pelajar dari negara Sudan.



 
Acara baling selipar



 
galah panjang

ting-ting
 congkak

 ceper


batu seremban

guli

 gambar bersama wakil Pemimpin pelajar bersama-sama pensyarah dari negara Sudan

aktiviti bersama-sama pelajar dari Sudan dengan pelajar diploma fisioterapi .
permainan ini dinamakan "saya,awak"


perlawanan futsal bersama-sama pelajar dari negara Sudan bersama wakil pelajar Diploma Fsk

basket ball
  acara penutupan.

ucapan kata-kata aluan oleh wakil pensyarah dari negara Sudan, sebelum penyampaian hadiah
 
gambar pelajar dari n
egara Sudan, pensyarah dari negara Sudan dan bersama wakil pensyarah fisioterapi UiTM Puncak Alam.


Gambar bersama pelajar fisioterapi Uitm Puncak Alam bersama-sama warga pelajar dan pensyarah dari negara Sudan sebelum majlis bersurai.

0 comments:

Post a Comment