Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamuailaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Assalamuailaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Segala puji bagi Allah S.W.W yang memiliki kekuasaan Maha Perkasa
dan Maha Bijaksana. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
penghulu sekalian nabi.
Terlebih dahulu saya amat berbangga dan
mengalu-alukan yang saudara/saudari, mahasiswa/i baru yang memilih untuk
meneruskan pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama Program Fisioterapi
di Universiti Teknologi Mara ini. Saya juga di kesempatan ini ingin mengucapkan
selamat datang dan selamat menempuh pengalaman sebagai pelajar universiti.
Mahasiswa/i sekalian,
Sebagai seorang pelajar , sudah semestinya anda
semua mempunyai aspirasi dan bercita-cita tinggi untuk berjaya, jadi
tekadkanlah aspirasi saudara/saudari itu agar menjadi satu realiti kerana
itulah aset yang amat penting bagi membolehkan saudara/saudari bersaing di
peringkat global
Universiti berperanan sebagai gerbang keilmuan
sejagat. Universiti juga merupakan medan untuk kita menimba ilmu, beramal serta
menyampaikan ilmu yang telah kita miliki. Budaya keilmuan perlu terus
disuburkan bertepatan dengan tujuan universiti bagi melahirkan modal insan yang
berkualiti pada masa hadapan. Keberadaan di universiti tidak bermakna hanya
untuk menuntut ilmu semata-mata kerana apa yang lebih penting ialah mahasiswa/i
sekalian perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar dapat
menghadapi persaingan dunia luar yang tidak menentu dan serba mencabar.
Ingatlah, manusia tanpa ilmu bagaikan seorang yang buta. Untuk berjalan ia
memerlukan panduan serta bimbingan . Sekiranya manusia ingin mengecapi sesuatu
kejayaan, maka cahaya petunjuk yakni ilmu amatlah di perlukan.
Seperti sedia maklum, Pelan Strategik PHYTAS
2012-2013 telah digubal untuk membantu pelajar dan mendapatkan hak-hak
pelajar. Penggubalan Pelan Strategik PHYTAS 2012-2013 merupakan satu
dokumen pelan perancangan yang signifikan dan relevan dengan keperluan masa
kini. Pelan ini merupakan satu dokumen hasrat dan panduan dalam merancang serta
melaksana tindakan pada masa akan datang dengan lebih sistematik dan cekap.
Pelan yang kali pertama diwujudkan oleh PHYTAS ini akan menjadi dokumen oleh
jentera pentadbiran PHYTAS demi memastikan matlamat organisasi tercapai.
Dokumen ini juga penting untuk memantau pelaksanaan kerja yang berdasarkan
kepada sasaran serta penunjuk-penunjuk yang telah dikenalpasti. Pelaksanaan
pelan ini akan dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran PHYTAS
termasuklah profesionalisme dalam perkhidmatan kepada pelajar, pembangunan
keupayaan pelajar dan meningkatkan profil PHYTAS sebagai pusat perkembangan
ilmu, dan jati diri.
Jadi sebagai mahaiswa/I baru, saya berharap
agar anda semua akan terus bersemangat dan berusaha berbakti bukan sahaja untuk
diri sendiri tetapi juga untuk universiti dan negara kerana anda semua adalah
‘Pencetus dan Peneraju Transformasi Mahasiswa’.
Akhir kata, manfaatlah kesempatan yang
dimiliki di alam kampus ini dengan membina diri untuk menjadi manusia yang
berjaya dan berguna pada agama,negara dan bangsa. Jadi marilah kita berganding
bersama-sama untuk ”Memastikan Kelestarian Hari Esok”.
Sekian,
"ILMU DARI TUHAN, TANGAN UNTUK INSAN"
Ikhlas daripada,
SAFWAN IDHAM B RAMLAN
Presiden,
Persatuan Pelajar Fisioterapi 2012/2013
Universiti Teknologi Mara
"ILMU DARI TUHAN, TANGAN UNTUK INSAN"
Ikhlas daripada,
SAFWAN IDHAM B RAMLAN
Presiden,
Persatuan Pelajar Fisioterapi 2012/2013
Universiti Teknologi Mara
0 comments:
Post a Comment