Pada 15 September 2012 telah berlangsungnya program orientasi untuk pelajar ijazah semester 1. Program tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna Raflesia bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 11.30 malam dimana peserta mendaftar untuk mengambil kira kedatangan. Program telah dimulakan dengan penerangan tentang bidang Fisioterapi dari pelajar Semester 7 serta ‘ Ice Breaking’. Program telah diteruskan pada pukul 5.30 petang untuk memberi peluang kepada peserta dan ahli menunaikan solat Asar dan bersiap sedia untuk ‘Malam Kebudayaan’. Makanan telah disediakan kepada peserta dan ahli yang terlibat . Malahan , kami mendirikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaahdi surau Angsana. Program disambung dengan Malam Kebudayaan. Walaupun sedikit dicacatkan dengan kerosakan PA system, program diteruskan hingga ke akhirnya. Peserta dan juga pengacara diminta meninggikan suara supaya dapat didengar. Bagi persembahan video ,kami menggunakan speaker.Program pada hari tersebut ditamatkan dengan penyampaian hadiah oleh Penasihat PHYTAS , Pn. Ida Hasni Shaari.
Pada 23 September 2012 , program orientasi pelajar ijazah fisioterapi semester 1 disambung di Taman Botani, Shah Alam. Biro Pengangkutan telah menempah 2 buah bas UiTMuntuk pergi dan pulang dari Taman Botani, Shah Alam. Mengikut perancanganbas dijangka bertolak pada pukul 7.30 pagi dari Angsana, namun terdapat beberapa peserta dan ahli telah terlewat dari masa yang dijanjikan. Ini kerana , mereka terlewat bangun disebabkan pada malam hari sebelumnya, PHYTAS telah mengadakan jamuan makan malam di MARDI, Serdang. Sehubungan perkara tersebut , bas telah bertolak lewat dari yang dirancangkan dan ini memberi kesan kepada perjalanan program kami. Setibanya disana , kami mengadakan penerangan ringkas dan menyediakan sarapan kepada peserta. Sebelum aktiviti “Explorace” bermula , peserta dan ahli terlibat mengadakan senaman untuk memanaskan badan.Semasa aktiviti “Explorace” berlangsung , terdapat seorang peserta telah terjatuh dan mengalami kecederaan ringan Biro Keselamatan telah menjalankan tanggungjawab mereka denganbaik. Biro Keselamatan dan Biro Program telah memantau setiap tempat bagi memastikan keselamatan peserta dan ahli terjamin. Setelah aktiviti “Explorace” tamat pada pukul 1.10 petang , peserta disediakan makanan tengah hari dan diwaktu yang sama menunaikan solat Zohor di Surau Taman Botani.
Acara penyampaian hadiah dilakukan seringkas mungkin kerana bas bertolak pada pukul 2.30 ptg. Namun begitu , kami tetap tiba ditempat bas lewat dari masa yang ditetapkan. Selain itu , terdapat gangguan dari pihak luar iaitu dari penjual aiskrim di mana penjual tersebut mendatangi kawasan bas untuk menjual ais krim. Ini juga menggangu kepada kelewatan bas untuk bertolak.Bagi mengatasi masalah pada masa hadapan peserta perlu diberi penerangan tentang keadaan tempat berlangsungnya program supaya peserta
akan dapat menjaga diri masing-masing dengan lebih baik lagi. Selain itu , bagi isu kelewatan peserta, kami berharap pada masa akan datang , semua yang terlibat baik peserta mahupuNLF2 ω memberi komitmen serta menepati!@N3TEw w{lam masa yang sama , peserta juge qmrl Lematuhi arahan yang diberikan.
0 comments:
Post a Comment