Pada hari Sabtu, 11 Januari 2014 yang lalu
telah berlangsungnya satu program sukan dan permainan tradisional antara
pelajar Fisioterapi UiTM Puncak Alam dan pelajar Fakulti Sains Kesihatan dari
Sudan. Secara amnya, aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar
tersebut tentang permainan tradisional yang menjadi kebanggaan masyarakat
majmuk di Malaysia. Antara permainan tradisional yang telah dijalankan
termasuklah boling kelapa, baling selipar, galah panjang, teng- teng, batu
seremban, ceper, congkak dan gasing. Setelah diamati, terdapat persamaan yang
ketara antara permainan di negara Malaysia dan juga negara Sudan, antaranya
ialah batu seremban dan juga teng- teng.
Program
ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan senaman aerobik yang dikendalikan oleh pelajar
diploma Fisioterapi semester 2 dan semester 4 di Padang Bola Angsana. Aktiviti
ini juga turut disertai oleh pelajar UiTM yang lain dan berakhir pada jam 9.20
pagi. Ketibaan pelajar dari Sudan disambut mesra pada jam 9.00 pagi dan mereka
terus diiring ke Kafe Angsana untuk menjamu sarapan pagi. Tepat jam 9.45 pagi
permainan tradisional ‘boling kelapa’ bermula dengan taklimat diberikan
terlebih dahulu oleh Biro Program. Para peserta dibahagikan ke dalam lima
kumpulan iaitu Hijau, Kuning, Merah Jambu, Biru, dan Ungu.
Setelah
itu, aktiviti di teruskan dengan permainan ‘Baling Selipar’. Seperti biasa,
taklimat diberikan terlebih dahulu oleh Biro Program sebelum perlawanan
bermula. Aktiviti ini berlangsung selama satu jam sebelum juara permainan di
umumkan. Sesudahnya permainan tersebut, para peserta diberikan masa untuk
berehat dengan selingan pertukaran budaya seperti seni tarian zapin dan juga
seni mempertahankan diri silat di Malaysia yang dipersembahkan oleh pelajar UiTM
sendiri.
Acara
diteruskan lagi dengan permainan ‘Galah Panjang’. Permainan ini disertai oleh
pelajar lelaki dari Sudan serta wakil pelajar lelaki UiTM. Permainan ini
berlangsung selama 30 minit. Tepat jam 12.30 tengahari, para peserta bersurai
untuk makan tengahari dan merehatkan badan serta memberi laluan kepada solat
Zuhur. Para peserta di maklumkan untuk berkumpul semula pada jam 2.30 petang di
Bilik Bacaan Angsana untuk aktiviti seterusnya.
Pada
jam 2.30 petang, setelah semua peserta berkumpul aktiviti permainan trasional
diteruskan lagi dengan ‘indoor games’. Lima permainan dijalankan serentak dan
setiap 30 minit setiap kumpulan akan bertukar – tukar permainan. Setelah
selesai semuanya pada jam 4.30 petang, para peserta berehat disajikan dengan
minum petang dan seterusnya solat Asar.
Acara
seterusnya ialah perlawanan persahabatan Futsal dan Bola Keranjang antara
pelajar UiTM dan pelajar dari Sudan. Kedua- dua aktiviti ini berlangsung secara
serentak di gelanggang futsal dan gelanggang bola keranjang padang kawad.
Peserta wanita bermain Bola Keranjang manakala peserta lelaki bermain untuk
Futsal. Perlawanan ini berlangsung selama 45 minit.
Acara
kemuncak untuk program ini ialah Majlis penutupan dan penyampaian hadiah serta
saguhati kepada pemenang. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil Pensyarah
Program Fisioterapi, En. Vikram Mohan. Seterusnya majlis menjemput Timbalan
Dekan Fakulti Sains Kesihatan ‘International College Of Sudan’ untuk memberi
ucapan seterusnya menerima cenderamata yang disampaikan oleh En Vikram. Setelah
itu, Majlis memberi laluan kepada para peserta untuk berkongsi pendapat dan
pandangan tentang program yang telah dijalankan. Dua orang wakil pelajar Sudan
telah tampil ke hadapan untuk memberikan ucapan. Tanpa melengahkan masa, acara
diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang. Majlis bersurai tepat jam
6.30 petang. Beberapa sesi fotografi telah di jalankan untuk kenang- kenangan.
ketibaan pelajar dan pensyarah dari negara Sudan
saraan pagi
boling padang. pelajar menunjukkan reaksi positif dengan berinteraksi bersama pelajar dari negara Sudan.
Acara baling selipar
galah panjang
ting-ting
congkak
ceper
batu seremban
guli
gambar bersama wakil Pemimpin pelajar bersama-sama pensyarah dari negara Sudan
aktiviti bersama-sama pelajar dari Sudan dengan pelajar diploma fisioterapi .
permainan ini dinamakan "saya,awak"
perlawanan futsal bersama-sama pelajar dari negara Sudan bersama wakil pelajar Diploma Fsk
basket ball
acara penutupan.
ucapan kata-kata aluan oleh wakil pensyarah dari negara Sudan, sebelum penyampaian hadiah
gambar pelajar dari n
egara Sudan, pensyarah dari negara Sudan dan bersama wakil pensyarah fisioterapi UiTM Puncak Alam.
Gambar bersama pelajar fisioterapi Uitm Puncak Alam bersama-sama warga pelajar dan pensyarah dari negara Sudan sebelum majlis bersurai.
0 comments:
Post a Comment