KARNIVAL KESIHATAN 2013
Pihak UiTM telah menganjurkan Karnival Kesihatan yang
berlangsung selama tiga hari bermula pada 20 hari bulan Jun sehingga 22 hari
bulan Jun. Kampus induk UiTM Shah Alam merupakan tuan rumah sepanjang karnival
berlangsung. Fakulti Sains Kesihatan dari UiTM kampus Puncak Alam tidak
ketinggalan dalam menjayakan karnival tersebut. Jabatan Fisioterapi telah
menghantar lima belas orang pelajar yang terdiri daripada pelajar diploma
semester tiga dan lima untuk menabur khidmat bakti kepada warga UiTM sepanjang
berlangsungnya karnival tersebut.
Slot pemeriksaan postur tubuh badan telah dijalankan pada
hari pertama karnival dimana para pengunjung akan dianalisa, dinilai dan diberi
pendedahan tentang kepentingan menjaga dan mengekalkan postur badan yang
normal. Disamping itu, para pengunjung juga dibimbing dan diajar tentang
cara-cara mendapatkan postur tubuh yang seimbang dan sihat agar mereka dapat
menjalankan aktiviti-aktiviti harian tanpa masalah.
Sementelahan itu, pengisian untuk hari kedua dan ketiga
adalah dengan melaksanakan ujian keseimbangan badan secara berperingkat dan
ujian ketahanan otot. Ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap
keseimbangan juga tahap ketahanan pengunjung. Dalam pada itu, para pengunjung
turut diberi penjelasan berkaitan kondisi fizikal meraka, dan mereka juga
digalakkan untuk melakukan beberapa aktiviti fizikal yang mudah agar daya tahan
otot mereka boleh ditingkatkan.
Para peserta yang
melibatkan diri tampak berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang
diberikan. Kebanyakan daripada mereka berazam untuk melakukan aktiviti fizikal
yang telah disarankan untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal mereka.
Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat dianjurkan
lagi di masa hadapan kerana aktiviti sebegini memberi ruang dan peluang kepada
mereka yang sibuk dengan urusan seharian untuk mendapatkan khidmat nasihat
berkenaan keadaan diri mereka sekaligus memberi suntikan motivasi dalam diri
mereka untuk tampil lebih sihat dan bertenaga di hari muka. Perkara ini secara
langsung mampu melahirkan sebuah Negara yang mantap kerana mempunyai modal
insan yang sihat, bertenaga dan berwawasan.
In sha Allah…
0 comments:
Post a Comment