Monday, 22 October 2012

Program Pengendalian Individu dan Atlit Kelainan Upaya

Program Pengendalian Individu dan Atlit Kelainan Upaya telah berlangsung pada 6 Oktober 2012 yang mana tarikh program sebelumnya iaitu pada 29 September 2012  telah diubah atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Ini disebabkan oleh masalah jadual pertindihan program lain serta menyelaraskan jadual kekosongan dari pihak Majlis Sukan Negara. Program ini merupakan pertama kalinya UiTM menjalankan kerjasama dengan pihak MSN untuk menjalankan program seperti ini. Memandangkan ini baru permulaan untuk memperkenalkan sukan paralimpik serta cara-cara pengendalian individu dan atlit kelainan upaya,  kami bercadang untuk hanya membuka penyertaan program ini kepada pelajar Fisioterapi semester 5 dan para jurulatih serta staff dari MSN. Ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penerimaan masyarakat terhadap program ini. Jikalau penerimaan yang diterima amat memuaskan, InsyaAllah akan datang akan diperluaskan lagi program ini dan membuka penyertaannya kepada semua orang.


Pada seawal pagi jam 5.00, 6 Oktober 2012, pengarah program serta wakil dari biro protokol, biro hadiah, biro multimedia, biro makanan dan biro kebajikan telah bertolak dengan menaiki kereta untuk membuat persediaan di samping mengadakan “rehearsal” untuk kali terakhir sebelum program bermula. Manakala bagi peserta dan ahli-ahli jawatankuasa yang selebihnya bergerak pukul 6.30 pagi dengan menaiki bas UiTM. Mereka dikehendaki berkumpul di FSK 1,5 dan biro makanan mengedarkan sarapan pagi roti dan air mineral kepada mereka. Kami yang bergerak awal tiba di MSN pada pukul 6.30 pagi dan terus menunaikan solat subuh sebelum memasuki dewan perdana. Satu masalah yang timbul ketika itu ialah biro multimedia terlupa untuk membawa salah satu video montaj untuk ditayangkan ketika program itu berlangsung nanti. Tapi masalah ini dapat diselesaikan apabila pengarah program menelefon penasihat program dan meminta soft copy dengan beliau. Pada pagi itu,  “rehearsal” berjalan dengan lancar setelah biro protokol memberi taklimat akhir tentang “flow” program kepada ahli-ahli yang terlibat.


Program bermula pada pukul 8.30 pagi, sebelum itu peserta-peserta diminta mendaftarkan diri di ruang pendaftaran. Setelah mendaftar, peserta diberi nota-nota ceramah, tag perserta, pin (MBSA) beserta buku nota dan pen sebagai cenderahati. Setelah para VIP semua telah tiba, program pun dimulakan. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Hanafi Ali, Timbalan Dekan Fakulti Sains Kesihatan UiTM mewakili Yang Berbahagia Dr. Hamzah Fansuri, Dekan Fakulti Sains Kesihatan. Setelah itu, penghargaan daripada pihak UiTM kepada dua orang atlet paralimpik Malaysia yang telah memenangi pingat di Sukan Olimpik London baru-baru ini. Penghargaan yang berupa tanjak, selempang, dan plak keris. Tepat pada pukul 9 pagi, ceramah pun dimulakan. Minum pagi peserta adalah pukul 10.30 pagi dan biro makanan pun telah bersedia untuk memberi makanan kepada peserta. Setelah itu, disambung kembali dengan sesi ceramah yang seterusnya. Selepas itu, makan tengah hari kepada para VIP dan peserta telah disediakan untuk disantap.




Sesi ceramah berakhir pada pukul 5.00 petang. Setelah itu, sesi penyampaian sijil oleh Pengarah Cawangan Paralimpik Malaysia kepada para peserta yang terlibat. Program berakhir pada pukul 5.30 petang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Bagi mengatasi masalah yang timbul seperti isu ketepatan waktu serta isu pembahagian tugas ketika program berlangsung akan dapat diperbaiki pada masa akan datang.  Setiap ahli jawatankuasa harus ambil berat dan tahu akan tugas masing-masing yang telah ditetapkan. Selain itu, komitmen dan mematuhi arahan pihak atasan dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan pada awal program harus dilaksanakan bagi menjamin kelancaran program.

0 comments:

Post a Comment