Tuesday, 23 October 2012

Majlis Mesyuarat Tahunan & Majlis Makan Malam Fisioterapi 2012

Majlis Mesyuarat Tahunan & Majlis Makan Malam Fisioterapi 2012 berlangsung pada 22 September 2012, bermula dengan berkumpulnya pelajar di tempat letak kereta Fakulti Farmasi 1 dengan 5 buah bas serta ada pelajar yang bertolak dengan menaiki kenderaan sendiri. Kehadiran dicatitkan dan ditetapkan bas bagi memudahkan diuruskan. Bas bertolak pada pukul 4.30 petang.
Sesampainya peserta di Restoran MAEPS, MARDI, Serdang pada pukul 6.00 petang, pendaftaran pelajar dimulakan mengikut semester. Selesai pendaftaran, pelajar dibenarkan bersiar-siar sekitar kawasan MAEPS dan melakukan aktiviti bebas termasuklah menunaikan solat Asar dan maghrib dari pukul 6.30 petang sehinggalah 7.45 malam.

Majlis bermula pada pukul 7.45 malam dengan acara Insan Bertuah Slot 1. Pelajar yang dipanggil untuk menerima hadiah ialah mengikut kriteria tertentu yang diminta oleh pengerusi majlis, dari segi jenis pakaian, warna,dan sebagainya.


Tetamu kehormat iaitu Dr. Mohd Hanafi b. Ali dan isteri beliau tiba pada 8.00 malam, bacaan doa diteruskan oleh Muhamad Hanif Zakaria, pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi.
Ucapan dimulakan oleh Presiden PHYTAS, diikuti dari Timbalan Dekan, Dr. Mohd Hanafi b. Ali seterusnya merasmikan majlis. Gimik perasmian pada majlis tersebut ialah tarian zapin yang sangat menarik dipersembahkan oleh para pelajar diploma semester 3.

Setelah itu, para pelajar cemerlang diberikan anugerah termasuklah Anugerah Dekan, Anugerah Pelajar Terbaik Akademik, Kepimpinan dan juga Sukan. Acara makan diteruskan dan Mesyuarat Tahunan juga bermula. Dalam masa yang sama, Persembahan para pelajar diselangselikan juga dengan slot Insan Bertuah. Majlis pada malam tersebut bersurai pada pukul 11.00 malam.

0 comments:

Post a Comment