UCAPAN PRESIDEN PHYTAS 2012/2013 SEMPENA
PILIHANRAYA PHYTAS 2013
" Menjurus KePuncak Harapan"

Kita hidup di sini umpama satu keluarga dan saling melengkapi. Di sini lah kita kenal belajar mengenai kehidupan sebelum melangkah ke alam pekerjaan nanti. Oleh itu, saya menyeru kepada warga PHYTAS agar bersama-sama mengembleng tenaga, buah fikiran dan sebagainya demi menaikan nama PHYTAS sekaligus mengaktikan diri mahasiswa sekalian dalam apa jua bidang sebagai persediaan sebelum kita melangkah ke alam pekerjaan nanti.
Untuk makluman semua, proses pemilihan calon untuk pemilihan jawatan kuasa PHYTAS bagi sesi pada
kali ini telah diadakan pada 2 bulan yang lalu dimana mereka yang berminat perlu mengisi borang dan mereka perlu melalui proses temuduga bersama Majlis tertinggi. Seterusnya mereka perlu melalui beberapa kursus mingguan dimana mereka diberi tugasa di dalam kumpulan. Disini sifat kepimpinan, penglibatan dan sikap mereka di uji. Selepas perbincangan bersama Majlis tertinggi, 12 calon akhir Majlis tertinggi dipilih.
Sebagai pemimpin yang berilmu anda
perlu menangani sesuatu isu dengan berhemah dan
bertindak dengan rasional serta bersifat terbuka.
Jauhilah diri dari bersikap emosi semasa membuat sesuatu
tindakan kerana ia tidak sahaja akan merosakkan
nama anda tetapi juga nama persatuan dan imej universiti.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu, bersatu padu MENJURUS KE PUNCAK HARAPAN menjadikan impian ini sebuah realiti. Demi PHYTAS, usaha bakti kita curah, kepada Tuhan kita berserah.
Akhir kata,sebagai peringatan untuk kita bersama...
Jangan undi kerana rupanya,
Jangan undi kerana ketinggiannya,
Jangan undi kerana popularitinya,
Tapi undilah kerana integritinya..
Salam Perubahan...DAN SELAMAT MENGUNDI~
"ILMU DARI TUHAN TANGAN UNTUK INSAN"
(SAFWAN IDHAM B RAMLAN)
Presiden
Persatuan pelajar Fisioterapi 2012/2013
0 comments:
Post a Comment