Tuesday 23 October 2012

Program Hari Keluarga Fisioterapi

Program Hari Keluarga Fisioterapi sepatutnya berlangsung pada 22 September 2012 tetapi telah diubah kepada 21 September 2012 kerana pelajar ijazah semester 7 harus menghadiri Kemahiran Insaniah pada sebelah pagi hari Sabtu tersebut. Oleh itu, kami telah merombak balik tarikh kepada 21 September 2012 bermula pagi sehingga tengahari dan aktiviti berlangsung di Padang Kawad dan Padang Angsana UiTM Puncak Alam.
Pada 21 September 2012, program tersebut bermula di Padang Kawad pada pukul 7.00 pagi dimana para peserta mendaftar untuk mengambil kira kedatangan masing-masing dan mengetahui kumpulan masing-masing dan siapa fasilitator bagi setiap kumpulan. Terdapat 20 buah kumpulan dan setiap ahli mempunyai 16 ke 20 orang ahli. Sesi pengenalan juga berlangsung antara ahli kumpulan.

Pada pukul 7.30 pagi, program  telah dimulakan dengan aktiviti aerobik yang dikendalikan oleh pelajar ijazah semester 3. Pada pukul 8.00 pagi, sesi taklimat berlangsung, biro sukan memberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dilangsungkan dengan pembahagian kumpulan kepada 2 bahagian. Aktivi pertama program Hari Keluarga bermula dengan acara tarik guni. Peserta dalam berpasangan dan dikehendaki menarik guni secara bergilir antara pasangan. Aktiviti berlangsung antara 15 minit.

Aktiviti kedua adalah acara lari ikat kaki secara berpasangan. Peserta dikehendaki mengikat kaki bersama pasangan dan berlari hingga ke garisan permulaan semula. Seterusnya acara diteruskan dengan acara lari menggunakan tempurung. Peserta diminta lari menggunakan tempurung ulang alik hingga ke garisan penamat. Acara yang terakhir adalah boling kelapa. Dimana peserta diminta membaling kelapa kearah 10 biji botol dan berterusan sehingga 15 minit. Bilangan botol yang tumbang dikira untuk mengetahui kumpulan mana yang layak ke final.

Seterusnya, pada pukul 10 pagi, segala acara ditunda bagi memberi ruang kepada pelajar dan staf untuk makan pagi dan berehat. Acara diteruskan pada pukul 10.30 pagi dengan pengumuman kumpulan yang layak melangkah ke final. Setelah diumumkan kumpulan yang layak ke final, acara diteruskan dengan permainan baling selipar dan galah panjang. Tetapi, disebabkan kekangan masa, acara galah panjang terpaksa dibatalkan. Selepas itu, acara dihentikan dengan acara kejutan dimana para pensyarah harus terlibat. Antaranya adalah mengambil gula-gula dalam pinggan berisi tepung dan membaling belon berisi air.



Selepas acara pensyarah tamat, pengumuman pemenang diumumkan dan upacara penyampaian hadiah dan cenderahati pun berlangsung. Selepas itu, pelajar pun bersurai dan harus bersiap kerana pada sebelah petang diadakan AGM (Annual Grand Meeting) PHYTAS di DK500. Segala yang berlangsung pada program Hari Keluarga Fisioterapi ini berjalan dengan lancar dan selamat.

0 comments:

Post a Comment