Objektif
program ini ialah untuk Melahirkan mahasiswa yang mempunyai daya kepimpinan
yang tinggi dan berwibawa selain Membantu dalam mempertingkatkan sahsiah dan
semangat kepimpinan serta pengurusan organisasi sesebuah organisasi yang
berkesan. Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada jawatankuasa tentang
penghayatan yang sentiasa berpandukan integriti, hormat, kebebasan akademik,
berfikiran terbuka, kebertanggungjawaban, profesionalisme, meritokrasi,
semangat kerja berpasukan, kreativiti dan tanggungjawab sosial.
Selesai taklimat,
majlis diteruskan dengan pembahagian kumpulan LDK. Pengerusi majlis, Izyan
hazirah dengan bantuan dari fasilitator yang lain telah menyusun atur
jawatankuasa dalam kumpulan. Aktiviti yang dijalankan didalam kumpulan adalah
perbincangan misi dan visi, penciptaan logo exco, pelan pusat pelajar dan
takwim aktiviti persatuan. Presiden dan Majlis tertinggi akan membuat penilaian
dan membuat rumusan mengenai pembentangan yang dibuat.

Diharap agar program ini dapat membuka minda semua
jawatankuasa yang baru . Semoga dengan
usaha murni ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan tahap disiplin dan
prestasi akademik serta bukan akademik pelajar tersebut.
0 comments:
Post a Comment