Friday 30 November 2012

PROGRAM AEROBIK YOK MEGA



Program Aerobik Yok Mega, 2012 telah dijalankan pada 25hb November 2012 iaitu pada hari Ahad. Program ini berlangsung selama tujuh jam. Program ini melibatkan seluruh program di bawah Fakulti Sains Kesihatan terdiri daripada enam kumpulan.

Objektif program ini ialah untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai minda yang cerdas dan cergas.
Selain itu, melahirkan mahasiswa yang mempunyai sifat daya saing yang sihat. Program ini juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa walaupun berlainan jurusan di samping memaksimakan kemahiran komunikasi. Di samping itu, memupuk kerjasama antara ahli pasukan serta melahirkan mahasiswa berminda kreatif dan kritis.

Sebelum memulakan pertandingan, aktiviti memanaskan badan telah dilakukan dan diketuai oleh Siti Atiqah dan Nurul Farhani selama 3 minit. Selepas itu, bermulalah pertandingan aerobik untuk sesi pertama. Pada sesi pertama peserta-peserta perlu mengikut pergerakan instruktor, En. Mohd Hanif. Kemudian, mereka telah diberi setengah jam untuk menghafal  serta memikir pergerakan tambahan untuk diulangi semula pada setengah jam berikutnya. Hal ini dapat menguji kadar kecekapan peserta-peserta untuk menghafal pergerakan tersebut disamping dapat menilai  tahap kreativiti mereka dalam menghasilkan pergerakan yang menarik.

Selesai sesi pertama, program diteruskan dengan sesi kedua iaitu pergerakan aerobik yang telah disediakan oleh para peserta sendiri. Mereka diberi 3 minit untuk mempersembahkan pergerakan mereka berserta lagu yang telah mereka pilih sebelum hari pertandingan. Mereka dibenarkan untuk menggabungkan beberapa buah lagu untuk dijadikan sebuah lagu. Melalui aktiviti ini kerjasama berpasukan dapat dilihat dari aspek keseragaman pergerakan sewaktu aerobik. Kemudian, sementara menunggu keputusan pemenang, aktiviti sampingan telah diadakan seperti aerobik yang diketuai oleh tetamu khas iaitu para juri, En. Mohd Hanif dan Cik Nonny Nadhirah. Selesai aerobik, majlis penyampaian hadiah dijalankan. Sesi fotografi beramai-ramai diadakan sebagai penutup majlis.

 Diharap agar program ini dapat membuka minda semua mahasiswa dan mahasiswi bahawa bersukan itu adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan disamping dapat menyihatkan badan. Semoga dengan usaha murni ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan.






Laporan disediakan oleh,

AINUL ASYIKIN BINTI SHUHAIMI,
KETUA PROGRAM AEROBIK YOK MEGA
Sesi 2012/2013

0 comments:

Post a Comment