SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke Laman Web PHYTAS

LAMAN PAGE PHYTAS DI FACEBOOK

mari like ramai-ramai :)

LAMAN AKADEMIK PHYTAS

Kini anda boleh berkongsi ilmu dan pendapat disini.

AEROBIK YOK!

Setiap Selasa di Padang Angsana.

Tuesday, 23 October 2012

Program Hari Keluarga Fisioterapi

Program Hari Keluarga Fisioterapi sepatutnya berlangsung pada 22 September 2012 tetapi telah diubah kepada 21 September 2012 kerana pelajar ijazah semester 7 harus menghadiri Kemahiran Insaniah pada sebelah pagi hari Sabtu tersebut. Oleh itu, kami telah merombak balik tarikh kepada 21 September 2012 bermula pagi sehingga tengahari dan aktiviti berlangsung di Padang Kawad dan Padang Angsana UiTM Puncak Alam.
Pada 21 September 2012, program tersebut bermula di Padang Kawad pada pukul 7.00 pagi dimana para peserta mendaftar untuk mengambil kira kedatangan masing-masing dan mengetahui kumpulan masing-masing dan siapa fasilitator bagi setiap kumpulan. Terdapat 20 buah kumpulan dan setiap ahli mempunyai 16 ke 20 orang ahli. Sesi pengenalan juga berlangsung antara ahli kumpulan.

Pada pukul 7.30 pagi, program  telah dimulakan dengan aktiviti aerobik yang dikendalikan oleh pelajar ijazah semester 3. Pada pukul 8.00 pagi, sesi taklimat berlangsung, biro sukan memberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dilangsungkan dengan pembahagian kumpulan kepada 2 bahagian. Aktivi pertama program Hari Keluarga bermula dengan acara tarik guni. Peserta dalam berpasangan dan dikehendaki menarik guni secara bergilir antara pasangan. Aktiviti berlangsung antara 15 minit.

Aktiviti kedua adalah acara lari ikat kaki secara berpasangan. Peserta dikehendaki mengikat kaki bersama pasangan dan berlari hingga ke garisan permulaan semula. Seterusnya acara diteruskan dengan acara lari menggunakan tempurung. Peserta diminta lari menggunakan tempurung ulang alik hingga ke garisan penamat. Acara yang terakhir adalah boling kelapa. Dimana peserta diminta membaling kelapa kearah 10 biji botol dan berterusan sehingga 15 minit. Bilangan botol yang tumbang dikira untuk mengetahui kumpulan mana yang layak ke final.

Seterusnya, pada pukul 10 pagi, segala acara ditunda bagi memberi ruang kepada pelajar dan staf untuk makan pagi dan berehat. Acara diteruskan pada pukul 10.30 pagi dengan pengumuman kumpulan yang layak melangkah ke final. Setelah diumumkan kumpulan yang layak ke final, acara diteruskan dengan permainan baling selipar dan galah panjang. Tetapi, disebabkan kekangan masa, acara galah panjang terpaksa dibatalkan. Selepas itu, acara dihentikan dengan acara kejutan dimana para pensyarah harus terlibat. Antaranya adalah mengambil gula-gula dalam pinggan berisi tepung dan membaling belon berisi air.



Selepas acara pensyarah tamat, pengumuman pemenang diumumkan dan upacara penyampaian hadiah dan cenderahati pun berlangsung. Selepas itu, pelajar pun bersurai dan harus bersiap kerana pada sebelah petang diadakan AGM (Annual Grand Meeting) PHYTAS di DK500. Segala yang berlangsung pada program Hari Keluarga Fisioterapi ini berjalan dengan lancar dan selamat.

Majlis Mesyuarat Tahunan & Majlis Makan Malam Fisioterapi 2012

Majlis Mesyuarat Tahunan & Majlis Makan Malam Fisioterapi 2012 berlangsung pada 22 September 2012, bermula dengan berkumpulnya pelajar di tempat letak kereta Fakulti Farmasi 1 dengan 5 buah bas serta ada pelajar yang bertolak dengan menaiki kenderaan sendiri. Kehadiran dicatitkan dan ditetapkan bas bagi memudahkan diuruskan. Bas bertolak pada pukul 4.30 petang.
Sesampainya peserta di Restoran MAEPS, MARDI, Serdang pada pukul 6.00 petang, pendaftaran pelajar dimulakan mengikut semester. Selesai pendaftaran, pelajar dibenarkan bersiar-siar sekitar kawasan MAEPS dan melakukan aktiviti bebas termasuklah menunaikan solat Asar dan maghrib dari pukul 6.30 petang sehinggalah 7.45 malam.

Majlis bermula pada pukul 7.45 malam dengan acara Insan Bertuah Slot 1. Pelajar yang dipanggil untuk menerima hadiah ialah mengikut kriteria tertentu yang diminta oleh pengerusi majlis, dari segi jenis pakaian, warna,dan sebagainya.


Tetamu kehormat iaitu Dr. Mohd Hanafi b. Ali dan isteri beliau tiba pada 8.00 malam, bacaan doa diteruskan oleh Muhamad Hanif Zakaria, pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi.
Ucapan dimulakan oleh Presiden PHYTAS, diikuti dari Timbalan Dekan, Dr. Mohd Hanafi b. Ali seterusnya merasmikan majlis. Gimik perasmian pada majlis tersebut ialah tarian zapin yang sangat menarik dipersembahkan oleh para pelajar diploma semester 3.

Setelah itu, para pelajar cemerlang diberikan anugerah termasuklah Anugerah Dekan, Anugerah Pelajar Terbaik Akademik, Kepimpinan dan juga Sukan. Acara makan diteruskan dan Mesyuarat Tahunan juga bermula. Dalam masa yang sama, Persembahan para pelajar diselangselikan juga dengan slot Insan Bertuah. Majlis pada malam tersebut bersurai pada pukul 11.00 malam.

Monday, 22 October 2012

Program Pengendalian Individu dan Atlit Kelainan Upaya

Program Pengendalian Individu dan Atlit Kelainan Upaya telah berlangsung pada 6 Oktober 2012 yang mana tarikh program sebelumnya iaitu pada 29 September 2012  telah diubah atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Ini disebabkan oleh masalah jadual pertindihan program lain serta menyelaraskan jadual kekosongan dari pihak Majlis Sukan Negara. Program ini merupakan pertama kalinya UiTM menjalankan kerjasama dengan pihak MSN untuk menjalankan program seperti ini. Memandangkan ini baru permulaan untuk memperkenalkan sukan paralimpik serta cara-cara pengendalian individu dan atlit kelainan upaya,  kami bercadang untuk hanya membuka penyertaan program ini kepada pelajar Fisioterapi semester 5 dan para jurulatih serta staff dari MSN. Ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penerimaan masyarakat terhadap program ini. Jikalau penerimaan yang diterima amat memuaskan, InsyaAllah akan datang akan diperluaskan lagi program ini dan membuka penyertaannya kepada semua orang.


Pada seawal pagi jam 5.00, 6 Oktober 2012, pengarah program serta wakil dari biro protokol, biro hadiah, biro multimedia, biro makanan dan biro kebajikan telah bertolak dengan menaiki kereta untuk membuat persediaan di samping mengadakan “rehearsal” untuk kali terakhir sebelum program bermula. Manakala bagi peserta dan ahli-ahli jawatankuasa yang selebihnya bergerak pukul 6.30 pagi dengan menaiki bas UiTM. Mereka dikehendaki berkumpul di FSK 1,5 dan biro makanan mengedarkan sarapan pagi roti dan air mineral kepada mereka. Kami yang bergerak awal tiba di MSN pada pukul 6.30 pagi dan terus menunaikan solat subuh sebelum memasuki dewan perdana. Satu masalah yang timbul ketika itu ialah biro multimedia terlupa untuk membawa salah satu video montaj untuk ditayangkan ketika program itu berlangsung nanti. Tapi masalah ini dapat diselesaikan apabila pengarah program menelefon penasihat program dan meminta soft copy dengan beliau. Pada pagi itu,  “rehearsal” berjalan dengan lancar setelah biro protokol memberi taklimat akhir tentang “flow” program kepada ahli-ahli yang terlibat.


Program bermula pada pukul 8.30 pagi, sebelum itu peserta-peserta diminta mendaftarkan diri di ruang pendaftaran. Setelah mendaftar, peserta diberi nota-nota ceramah, tag perserta, pin (MBSA) beserta buku nota dan pen sebagai cenderahati. Setelah para VIP semua telah tiba, program pun dimulakan. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Hanafi Ali, Timbalan Dekan Fakulti Sains Kesihatan UiTM mewakili Yang Berbahagia Dr. Hamzah Fansuri, Dekan Fakulti Sains Kesihatan. Setelah itu, penghargaan daripada pihak UiTM kepada dua orang atlet paralimpik Malaysia yang telah memenangi pingat di Sukan Olimpik London baru-baru ini. Penghargaan yang berupa tanjak, selempang, dan plak keris. Tepat pada pukul 9 pagi, ceramah pun dimulakan. Minum pagi peserta adalah pukul 10.30 pagi dan biro makanan pun telah bersedia untuk memberi makanan kepada peserta. Setelah itu, disambung kembali dengan sesi ceramah yang seterusnya. Selepas itu, makan tengah hari kepada para VIP dan peserta telah disediakan untuk disantap.




Sesi ceramah berakhir pada pukul 5.00 petang. Setelah itu, sesi penyampaian sijil oleh Pengarah Cawangan Paralimpik Malaysia kepada para peserta yang terlibat. Program berakhir pada pukul 5.30 petang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Bagi mengatasi masalah yang timbul seperti isu ketepatan waktu serta isu pembahagian tugas ketika program berlangsung akan dapat diperbaiki pada masa akan datang.  Setiap ahli jawatankuasa harus ambil berat dan tahu akan tugas masing-masing yang telah ditetapkan. Selain itu, komitmen dan mematuhi arahan pihak atasan dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan pada awal program harus dilaksanakan bagi menjamin kelancaran program.

Tuesday, 16 October 2012

LAMAN PHYLA


Assalamualaikum, kini anda boleh melakukan perkongsian ilmu secara on line di https://www.facebook.com/PhytasLibrary . segala e-book, kertas soalan, dan nota-nota akan dikingsi disana.

ADUAN/PENAMBAHBAIKAN

Assalamaualaikum, jika anda ada penambahbaikan atau aduan, anda bolehlah berbuat demikian di http://www.addpoll.com/phytas2/form/apa-yang-anda-mahu atau pada kotak cadangan di pusat pelajar. Kerjasama anda amat kami hargai.

HIKMAH SYURGA NERAKA


Harian Metro, 2012/10/14

SEKALI sekala, bagaikan ada yang berbisik di telinga, otak saya tiba-tiba memikirkan pelbagai persoalan membabitkan ketauhidan Allah SWT bersama sifat-sifat-Nya.
Antara yang terlintas adalah mengapa Allah mencipta syurga dan neraka. Jika Allah itu mempunyai sifat Ar-Rahim (Maha Penyayang), mengapa Allah menciptakan neraka untuk dihuni makhluk-makhluk-Nya? Bukankah lebih mudah bagi Allah memasukkan semua makhluk-Nya ke dalam syurga? Tidak perlu manusia melalui hari kebangkitan semula dan seterusnya menempuh hari pembalasan. Persoalan-persoalan ini jika tidak dibimbing dengan jawapan yang betul pastinya boleh menggugat iman seseorang.

Apatah lagi jika yang berbisik mengenai soalan itu adalah syaitan. Pastinya juga dia yang mencadangkan jawapan yang membuatkan manusia berprasangka buruk terhadap Allah SWT.
Saya pernah mengikuti kuliah seorang ustaz yang berbicara mengenai perkara ini. Pernah suatu masa seorang gadis ditegur kerana tidak menutup aurat oleh seorang ustaz. Antara peringatan yang diberikan adalah orang yang tidak menutup aurat bakal menjadi penghuni neraka.

Selama diberikan ‘tazkirah’, gadis itu langsung tidak memandang wajah ustaz tersebut dan dengan sombong melihat ke tempat lain sambil membuat wajah bosan. Namun selepas selesai ustaz tersebut memberikan nasihat, gadis tersebut tiba-tiba bersuara dengan bertanyakan; “Jika benar Allah itu baik, kenapa cipta neraka?” Terkesima dengan soalan yang tidak diduga itu, namun tidak membuatkan ustaz itu melatah. Persoalan tersebut bersangkut paut dengan rukun Iman dan sifat-sifat Allah. Jika dibiarkan boleh rosak akidah gadis tersebut.

Maka dengan tenang dan bersahaja ustaz tersebut menjawab; “Dik, jika Allah tidak menciptakan neraka, tak perlulah saya melakukan perkara ‘amar maruf nahi munkar’ ini. Lebih baik saya jadi tauke judi, minum arak atau jadi bapa ayam. Hidup senang, lagipun lepas mati saya dijamin masuk syurga.
“Adik ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau lari saya bunuh saja, senang. Tak perlu risau sebab nanti masuk syurga juga.” Jawapan tersebut benar-benar membuatkan gadis itu terkejut kerana sama sekali tidak menyangka ustaz tersebut menjawab persoalannya tadi dengan jawapan sedemikian rupa. Sebelum gadis tersebut menjadi lebih keliru, ustaz tersebut menyambung; “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? “Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan lulus ujian. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. “Selepas itu boleh rogol lagi kalau dia mahu, tiada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu baik. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Adik rasa, adil ke?,” tanya ustaz berkenaan.

“Ah. Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu saja?,” rungut si gadis. Ustaz itu tersenyum dan menyoal lagi; “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?” Gadis tu terdiam.
Lalu ustaz mengakhiri kata-katanya; “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

“Saya rasa adik dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Ingatlah, jasad kita bahkan segala-galanya adalah milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya yang dipinjamkan oleh-Nya adalah amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita juga.” Begitulah jawapan serta contoh ringkas bagi menjawab persoalan yang saya rasakan begitu berat selama ini. Sesungguhnya akal manusia itu amatlah terbatas, tidak sampai setitis pun daripada ilmu yang ada pada Allah.

Kerana itu ada perkara yang kita digalakkan untuk berfikir. Antara persoalan yang boleh difikir adalah mengapa Allah menciptakan kita sebagai khalifah di muka Bumi ini, mengapa Allah mencipta dosa dan neraka dan juga berfikir betapa besarnya kuasa yang menjadikan langit serta Bumi ini.


Namun ada juga persoalan yang tidak digalakkan untuk kita berfikir kerana dibimbangi didorong oleh hawa nafsu dan tipu daya syaitan. Seperti contoh, mengapakah Allah menciptakan malaikat daripada cahaya, manusia daripada tanah dan syaitan daripada api? Antara soalan yang begitu mudah dipesongkan oleh syaitan adalah persoalan yang berkait rapat dengan ketentuan syariat. Seperti keizinan berpoligami dalam Islam. Jika difikirkan secara rasional sudah tentulah kita melihat Islam itu tidak adil dan menindas wanita. Bukankah poligami itu menyebabkan ketidakadilan? Kerana itu timbullah golongan elit yang kononnya memperjuang hak asasi wanita ini yang terdiri daripada orang Islam sendiri.

Ada juga yang terlalu memikirkan rasional di sebalik ketetapan syariat seperti pelaksanaan hukuman jenayah yang telah disabitkan dalam nas-nas al-Quran yang jelas. Pemikir-pemikir ini sebenarnya membawa aliran orientalis tanpa disedari di mana mana persoalan yang berlegar di minda mereka dijawab secara ‘bijaksana’ oleh syaitan yang sentiasa menunggu peluang memperdayakan manusia.

Maka Islam itu dilihat kejam dan Allah itu dilihat tidak adil. Tetapi mereka bijak bersembunyi dan tidak menyalahkan Allah secara terang-terangan dalam perkara ini. Yang menjadi sasaran adalah ulama terdahulu. Mereka dituduh kolot dan gagal menyesuaikan al-Quran dengan peredaran zaman.

Maka sentiasalah berpesan pada diri bahawa ciptaan Tuhan tidak pernah sia-sia kerana antara sifat-sifat-Nya adalah apa yang dicipta oleh-Nya tidak ada yang sia-sia, sama ada yang kecil mahupun yang besar semuanya berlaku dengan penuh hikmah.

Ada antaranya mengandungi ilmu, didikan mahupun pengajaran, sekalipun seekor hama halus di tengah belantara. Dijadikan oleh Allah dengan dengan manfaat serta hikmah yang tersembunyi sama seperti seekor kuman di atas gunung yang tinggi dan di dalam batu pepejal. Maka berimanlah. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 190-191 yang bermaksud: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal. “(Mereka adalah) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berdiri dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata); Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia; Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka.”
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/14

KELAS ICT


Assalamualaikum, Bermula 19 Oktober 2012 , setiap jumaat, dari 3-5 petang, akan diadakan kelas "software training" adobe photoshop, video editing, dan microsoft office. Tenaga pelajar adalah dari Presiden kita sendiri, saudara Safwan Idham. Beliau akan berkongsi ilmu tentang penggunaan program-program tersebut. Program ini Terbuka untuk semua pelajar FSK!!!

p/s : bayaran RM 1 dikenakan untuk setiap kelas.

Thursday, 11 October 2012

Program orientasi pelajar ijazah fisioterapi semester 1



Pada 15 September 2012 telah berlangsungnya program orientasi untuk pelajar ijazah semester 1. Program tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna Raflesia bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 11.30 malam dimana peserta mendaftar untuk mengambil kira kedatangan. Program telah dimulakan dengan penerangan tentang bidang Fisioterapi dari pelajar Semester 7 serta ‘ Ice Breaking’. Program telah diteruskan pada pukul 5.30 petang untuk memberi peluang kepada peserta dan ahli menunaikan solat Asar dan bersiap sedia untuk ‘Malam Kebudayaan’. Makanan telah disediakan kepada peserta dan ahli yang terlibat . Malahan , kami mendirikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaahdi surau Angsana. Program disambung dengan Malam Kebudayaan. Walaupun sedikit dicacatkan dengan kerosakan PA system, program diteruskan hingga ke akhirnya. Peserta dan juga pengacara diminta meninggikan suara supaya dapat didengar. Bagi persembahan video ,kami menggunakan speaker.Program pada hari tersebut ditamatkan dengan penyampaian hadiah oleh Penasihat PHYTAS , Pn. Ida Hasni Shaari.


Pada 23 September 2012 , program orientasi pelajar ijazah fisioterapi semester 1 disambung di Taman Botani, Shah Alam. Biro Pengangkutan telah menempah 2 buah bas UiTMuntuk pergi dan pulang dari Taman Botani, Shah Alam. Mengikut perancanganbas dijangka bertolak pada pukul 7.30 pagi dari Angsana, namun terdapat beberapa peserta dan ahli telah terlewat dari masa yang dijanjikan. Ini kerana , mereka terlewat bangun disebabkan pada malam hari sebelumnya, PHYTAS telah mengadakan jamuan makan malam di MARDI, Serdang. Sehubungan perkara tersebut , bas telah bertolak lewat dari yang dirancangkan dan ini memberi kesan kepada perjalanan program kami. Setibanya disana , kami mengadakan penerangan ringkas dan menyediakan sarapan kepada peserta. Sebelum aktiviti “Explorace” bermula , peserta dan ahli terlibat mengadakan senaman untuk memanaskan badan.Semasa aktiviti “Explorace” berlangsung , terdapat seorang peserta telah terjatuh dan mengalami kecederaan ringan  Biro Keselamatan telah menjalankan tanggungjawab mereka denganbaik. Biro Keselamatan dan Biro Program telah memantau setiap tempat bagi memastikan keselamatan peserta dan ahli terjamin. Setelah aktiviti “Explorace” tamat pada pukul 1.10 petang , peserta disediakan makanan tengah hari dan diwaktu yang sama menunaikan solat Zohor di Surau Taman Botani.

Acara penyampaian hadiah dilakukan seringkas mungkin kerana bas bertolak pada pukul 2.30 ptg. Namun begitu , kami tetap tiba ditempat bas lewat dari masa yang ditetapkan. Selain itu , terdapat gangguan dari pihak luar iaitu dari penjual aiskrim di mana penjual tersebut mendatangi kawasan bas untuk menjual ais krim. Ini juga menggangu kepada kelewatan bas untuk bertolak.Bagi mengatasi masalah  pada masa hadapan peserta perlu diberi penerangan tentang keadaan tempat berlangsungnya program supaya peserta
akan dapat menjaga diri masing-masing dengan lebih baik lagi. Selain itu , bagi isu kelewatan peserta, kami berharap pada masa akan datang , semua yang terlibat baik peserta mahupuNLF2 ω memberi komitmen serta menepati!@N3TEw w{lam masa yang sama , peserta juge qmrl Lematuhi arahan yang diberikan.

Wednesday, 10 October 2012

PELAN TINDAKAN STRATEGIK PHYTAS 2012/2013


PELAN TINDAKAN STRATEGIK PHYTAS 2012/2013

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Penggubalan Pelan Strategik PHYTAS 2012-2013 merupakan satu dokumen pelan perancangan yang signifikan dan relevan dengan keperluan masa kini. Pelan ini merupakan satu dokumen hasrat dan panduan dalam merancang serta melaksana tindakan pada masa akan datang dengan lebih sistematik dan cekap. Pelan yang kali pertama diwujudkan oleh PHYTAS ini akan menjadi dokumen oleh jentera pentadbiran PHYTAS demi memastikan matlamat organisasi tercapai. Dokumen ini juga penting untuk memantau pelaksanaan kerja yang berdasarkan kepada sasaran serta penunjuk-penunjuk yang telah dikenalpasti. Pelaksanaan pelan ini akan dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran PHYTAS termasuklah profesionalisme dalam perkhidmatan kepada pelajar, pembangunan keupayaan pelajar dan meningkatkan profil PHYTAS sebagai pusat perkembangan ilmu, dan jati diri.

Strategi, Objektif Dan Tindakan

1.      Pengurusan persatuan
Pengurusan Persatuan meliputi aspek pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan. Berikut adalah strategi, objektif dan tindakan yang telah digariskan iaitu:

Strategi : Pengurusan Persatuan yang cekap untuk pelajar

Objektif :

a) Mempertingkatkan kualiti pentadbiran Persatuan.
b) Memberikan perkhidmatan bermutu.
c) Mematuhi prosedur kewangan.

Objektif 1: Mempertingkatkan Kualiti Pentadbiran Persatuan
AKTIVITI
TINDAKAN
SASARAN
PORTFOLIO
Menyediakan borang aduan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan
Kotak cadangan di pusat pelajar dan Laman Sesawang.
-          Maklumbalas aduan dalam masa 3 hari kuliah
1 Oktober 2012
Presiden, Exco kebajikan, & seranta
Menyediakan latihan untuk jawatankuasa supaya terlatih dalam memberikan perkhidmatan kepada pelajar
2 hari dalam seminggu
1 Oktober 2012
Majlis tertinggi
Mewujudkan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK)
Bengkel KIK setiap semester
Mulai Oktober 2012
Exco inovasi
No. Telefon kecemasan dan pegawai insiden
Dipamerkan Di Pusat Pelajar
Mulai Oktober 2012
Exco Perhubungan & alumni

Objektif 2 : Memberikan perkhidmatan bermutu.
AKTIVITI
TINDAKAN
SASARAN
PORTFOLIO
Penyedian borang pinjaman peralatan dan tempahan ruang
100% pinjaman dan tempahan menggunakan borang
Mulai Oktober 2012
Exco kebajikan
Menyediakan kemudahan lengkap di ruang rehat pelajar

Setiap ruang rehat terdapat 1 televisyen, 1 set sofa dan 1 peti ais
Mulai Disember 2012
Exco kebajikan
Menyediakan Bilik Pengurusan PHYTAS yang lengkap

Mempunyai : 1 komputer dan pencetak, 1 set sofa,1 set kerusi meja, 1 set meja mesyuarat dan bilik berhawa dingin
Mulai Disember 2012
Exco kebajikan
Menyediakan bilik pantri yang lengkap
Mewujudkan pantri di pusat pelajar
Mulai Disember 2012
Exco kebajikan
Menyediakan perpustakaan digital yang lengkap
Mempunyai: 1 komputer berinternet, set meja dan kerusi, rak buku, bahan bacaan & pencetak
Mulai Disember 2012
Exco Akademik & kebajikan
Menubuhkan koperasi PHYTAS
Menjual barang keperluan yang sesuai dengan permintaan pelajar.
Mulai Disember 2012
Exco keusahawanan
Menyediakan kemudahan aktiviti santai
Mempunyai permainan mini
Cth : karom,board games dll.
Mulai November 2012
Exco Sukan & Kebudayaan
Menyediakan khidmat perkongsian ilmu 
Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Mempunyai laman forum untuk perkongsian kertas soalan peperiksaan, nota, dan e-book
Mulai Oktober 2012
Exco Akademik
Menyediakan galeri bergambar bagi aktiviti yg telah dilaksanakan.
Mempunyai galeri digital di internet.
Mulai Oktober 2012
Exco Penerbitan, informasi & ICT
Menyediakan ruang untuk pelajar setiap semester di dalam pusat pelajar
Membuat rubrik khas untuk setiap semester
Mulai 2013
Seluruh jawatankuasa
Mempunyai perakam video dan kamera untuk persatuan .
Medapatkan sekurang-kurangnya 1 unit bagi setiap satu.
Mulai 2012
Exco penerbitan informasi & ICT

Objektif 3: Mematuhi Prosedur Kewangan.
AKTIVITI
TINDAKAN
SASARAN
PORTFOLIO
Menjana kewangan persatuan

Penubuhan koperasi PHYTAS,bayaran yuran & lain2 jualan
Mulai Oktober 2012
Bendahari & Exco Keusahawanan
Mengoptimumkan perbelanjaan tahunan
Pengawalan ketat perbelanjaan
Setiap semester
Bendahari
Merekod aset dan inventori dengan cekap
Merekod dalam tempoh 7 hari kuliah
Setiap semester
Bendahari
Merancang belanjawan tahunan
1 Bengkel belanjawan setiap semester
Setiap awal semester
Bendahari
Menguruskan pembayaran dengan cekap
Menghantar nota bayaran dalam tempoh 5 hari bekerja
Setiap semester
Bendahari

2.      Pembangunan Sahsiah Pelajar
Pembangunan sahsiah pelajar adalah salah satu daripada perkara penting untuk melahirkan modal insan yang mahir dan unggul. Kemahiran insaniah diperolehi adalah daripada hasil-hasil pembelajaran dalam aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh persatuan bagi memberikan nilai tambah kepada pelajar. Berikut adalah strategi, objektif dan tindakan yang telah dikenalpasti:

Strategi : Menjana keupayaan dan kemahiran pelajar.

Objektif :
1. Merangka aktiviti pelajar yang berkualiti
2. Melahirkan pelajar yang unggul

Objektif 1 :  Merangka Aktiviti Pelajar Yang Berkualiti
AKTIVITI
TINDAKAN
SASARAN
PORTFOLIO
Menyediakan perancangan aktiviti pelajar setiap sesi pengajian
1 bengkel perancangan aktiviti setiap tahun
Setiap Tahun
Seluruh Jawatankuasa
Menggalakkan pelajar terlibat dalam aktiviti persatuan
“1 pelajar 1 aktiviti”

10 program aktiviti setiap semester
Setiap Semester
Exco Seranta
Menyediakan peruntukan kewangan untuk aktiviti yang dirancang
100% aktiviti yang dirancang mendapat peruntukan
Setiap Semester
Presiden & Bendahari
Menggalakkan pelajar memperolehi dana luar
≥ 1 agensi menaja aktiviti pelajar
Setiap Semester
Exco Perhubungan & Alumni
Menyediakan aktiviti bersifat spiritual
Program usrah pada setiap jumaat.
Setiap Semester
Exco Kerohanian
Memastikan program berlandaskan 8 hasil pembelajaran  :
·         Pengetahuan
·         Kemahiran praktikal
·         Kemahiran dan tanggungjawab sosial
·         Nilai, sikap dan profesionalisme
·         Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan
·         Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik
·         Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
·         Kemahiran mengurus dan keusahawanan

6 teras :
·         Inovasi
·         Kerohanian
·         Akademik
·         Sukan
·         Kebudayaan
·         Khidmat masyarakat

≥ 1 hasil pembelajaran dalam 1 aktiviti
Setiap Semester
Seluruh Jawatankuasa
Menyediakan kursus untuk pembangunan keupayaan dan kemahiran pelajar
≥ 1 kursus setahun
·         Mewujudkan bengkel utk pelajar yg bakal berpraktikal buat pertama kali
·         Mewujudkan bengkel/kelas persediaan sebelum peperiksaan bagi pelajar baru
·         Kelas kemahiran
Setiap Tahun
Seluruh Jawatankuasa
Mewujudkan hubungan dengan agensi luar dalam aspek penganjuran aktiviti
≥ 1 agensi luar bekerjasama dengan aktiviti pelajar
Setiap Tahun
Exco Perhubungan & Alumni

Objektif 2: Melahirkan Pelajar Yang Unggul
AKTIVITI
TINDAKAN
SASARAN
PORTFOLIO
Mewujudkan anugerah dan penghargaan penglibatan pelajar
Menganjurkan 1 Malam Anugerah Tahunan
Setiap Tahun
Seluruh Jawatankuasa
Membentuk pelajar yang mempunyai jati diri yang tinggi
50% pelajar mengikuti program/kem jati diri setiap semester
Setiap Semester
Seluruh Jawatankuasa


Kesimpulan

Pelan Strategik PHYTAS 2012-2013 adalah dokumen pelan perancangan untuk dijadikan panduan dalam merancang serta melaksanakan strategi untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran persatuan. Pelan ini juga adalah untuk meningkatkan mutu profesionalisme dan pembangunan sahsiah pelajar.

Aspek pengurusan dan pembangunan sahsiah pelajar menjadi teras utama dalam Pelan Strategik ini. Dalam aspek pengurusan mengandungi 3 objektif dan 18 aktiviti manakala bagi aspek pembangunan sahsiah pelajar terdapat 2 objektif dan 10 aktiviti telah dikenalpasti untuk dicapai. Pelaksanaan perancangan Pelan Strategik PHYTAS melibatkan peranan aktif pihak pengurusan PHYTAS, pelajar dan pihak berkaitan. Aspek pemantauan secara berkala akan dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan Pelan Strategik PHYTAS 2012-2013 tercapai dengan jayanya.



Disediakan oleh,
(SAFWAN IDHAM B RAMLAN)
Presiden
Persatuan pelajar Fisioterapi 2012/2013