Tuesday, 27 November 2012

PROGRAM DARI PEMIMPIN KEPADA PEMIMPIN

Program Dari pemimpin kepada pemimpin, 2012 telah dijalankan pada 19hb Oktober 2012 iaitu pada hari Sabtu. Program ini berlangsung selama lapan jam. Program ini melibatkan seluruh jawatankuasa tertinggi PHYTAS 2012/2013 meliputi pelajar ijazah sarjana muda dan pelajar diploma iaitu seramai 55 orang.

Objektif program ini ialah untuk Melahirkan mahasiswa yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan berwibawa selain Membantu dalam mempertingkatkan sahsiah dan semangat kepimpinan serta pengurusan organisasi sesebuah organisasi yang berkesan. Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada jawatankuasa tentang penghayatan yang sentiasa berpandukan integriti, hormat, kebebasan akademik, berfikiran terbuka, kebertanggungjawaban, profesionalisme, meritokrasi, semangat kerja berpasukan, kreativiti dan tanggungjawab sosial.
Program yang diharap dapat melahirkan jawatankuasa yang mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap tugas kepimpinan ini telah dipimpin oleh Saudara Safwan Idham B Ramlan,Presiden PHYTAS sesi 2012/2013. Dalam taklimatnya Saudara Safwan menyentuh beberapa aspek bagaimana menjadi pemimpin yang boleh dicontohi. Antaranya sikap bertangungjawab, menjadi contoh kepada pelajar lain, mampu bersikap tegas apabila berhadapan dengan sesuatu situasi pemasalahan. Selain itu beliau membentangkan mengenai perlembagaan PHYTAS, portfolio exco, logo persatuan dan pembentangan aktiviti bagi sesi 2012.

Selesai taklimat, majlis diteruskan dengan pembahagian kumpulan LDK. Pengerusi majlis, Izyan hazirah dengan bantuan dari fasilitator yang lain telah menyusun atur jawatankuasa dalam kumpulan. Aktiviti yang dijalankan didalam kumpulan adalah perbincangan misi dan visi, penciptaan logo exco, pelan pusat pelajar dan takwim aktiviti persatuan. Presiden dan Majlis tertinggi akan membuat penilaian dan membuat rumusan mengenai pembentangan yang dibuat.

Syukur program yang dirancang berjalan lancar, atas kerjasama semua biro bertugas serta kerjasama daripada jawatankuasa itu sendiri.

Diharap agar program ini dapat membuka minda semua jawatankuasa yang baru . Semoga dengan usaha murni ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik serta bukan akademik pelajar tersebut.

0 comments:

Post a Comment