SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke Laman Web PHYTAS

LAMAN PAGE PHYTAS DI FACEBOOK

mari like ramai-ramai :)

LAMAN AKADEMIK PHYTAS

Kini anda boleh berkongsi ilmu dan pendapat disini.

AEROBIK YOK!

Setiap Selasa di Padang Angsana.

Thursday, 15 October 2015

JAWATANKUASA UTAMA PHYTAS SESI 2014/2015











Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah pada 19 Disember 2014, perlantikan Ahli Jawatankuasa PHYTAS bagi sesi 2014/1015 telah berlangsung. Semoga Ahli Jawatankuasa yang baru ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Diharapkan semua ahli persatuan dapat memberikan kerjasama kepada Ahli Jawatankuasa yang baru untuk melaksanakan tugas dan amanah mereka, Ahli Jawatankuasa Utama PHYTAS sesi 2014/2015 adalah seperti di atas.

Friday, 9 May 2014

[UPDATE] JAWATANKUASA UTAMA PHYTAS SESI 2013/2014


Assalamualaikum wbt .

Seperti yang semua tahu jawatankuasa utama PHYTAS telah berubah wajah setelah diumumkan pada pilihanraya PHYTAS 2013 yang lalu. Ini merupakan carta organisasi jawatankuasa PHYTAS yang terbaru iaitu untuk PHYTAS 2013/2014. Semoga kami dapat memegang amanah dan kepercayaan yang diberi untuk menjalankan tugas kami dengan jayanya. INSYAALLAH .

Monday, 17 February 2014

PROGRAM SUKAN DAN PERMAINAN TRADISIONAL SEMPENA LAWATAN ANTARABANGSA PELAJAR DARI SUDAN ANJURAN SMF


Pada hari Sabtu, 11 Januari 2014 yang lalu telah berlangsungnya satu program sukan dan permainan tradisional antara pelajar Fisioterapi UiTM Puncak Alam dan pelajar Fakulti Sains Kesihatan dari Sudan. Secara amnya, aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar tersebut tentang permainan tradisional yang menjadi kebanggaan masyarakat majmuk di Malaysia. Antara permainan tradisional yang telah dijalankan termasuklah boling kelapa, baling selipar, galah panjang, teng- teng, batu seremban, ceper, congkak dan gasing. Setelah diamati, terdapat persamaan yang ketara antara permainan di negara Malaysia dan juga negara Sudan, antaranya ialah batu seremban dan juga teng- teng.
            Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan senaman aerobik yang dikendalikan oleh pelajar diploma Fisioterapi semester 2 dan semester 4 di Padang Bola Angsana. Aktiviti ini juga turut disertai oleh pelajar UiTM yang lain dan berakhir pada jam 9.20 pagi. Ketibaan pelajar dari Sudan disambut mesra pada jam 9.00 pagi dan mereka terus diiring ke Kafe Angsana untuk menjamu sarapan pagi. Tepat jam 9.45 pagi permainan tradisional ‘boling kelapa’ bermula dengan taklimat diberikan terlebih dahulu oleh Biro Program. Para peserta dibahagikan ke dalam lima kumpulan iaitu Hijau, Kuning, Merah Jambu, Biru, dan Ungu.
            Setelah itu, aktiviti di teruskan dengan permainan ‘Baling Selipar’. Seperti biasa, taklimat diberikan terlebih dahulu oleh Biro Program sebelum perlawanan bermula. Aktiviti ini berlangsung selama satu jam sebelum juara permainan di umumkan. Sesudahnya permainan tersebut, para peserta diberikan masa untuk berehat dengan selingan pertukaran budaya seperti seni tarian zapin dan juga seni mempertahankan diri silat di Malaysia yang dipersembahkan oleh pelajar UiTM sendiri.
            Acara diteruskan lagi dengan permainan ‘Galah Panjang’. Permainan ini disertai oleh pelajar lelaki dari Sudan serta wakil pelajar lelaki UiTM. Permainan ini berlangsung selama 30 minit. Tepat jam 12.30 tengahari, para peserta bersurai untuk makan tengahari dan merehatkan badan serta memberi laluan kepada solat Zuhur. Para peserta di maklumkan untuk berkumpul semula pada jam 2.30 petang di Bilik Bacaan Angsana untuk aktiviti seterusnya.
            Pada jam 2.30 petang, setelah semua peserta berkumpul aktiviti permainan trasional diteruskan lagi dengan ‘indoor games’. Lima permainan dijalankan serentak dan setiap 30 minit setiap kumpulan akan bertukar – tukar permainan. Setelah selesai semuanya pada jam 4.30 petang, para peserta berehat disajikan dengan minum petang dan seterusnya solat Asar.
            Acara seterusnya ialah perlawanan persahabatan Futsal dan Bola Keranjang antara pelajar UiTM dan pelajar dari Sudan. Kedua- dua aktiviti ini berlangsung secara serentak di gelanggang futsal dan gelanggang bola keranjang padang kawad. Peserta wanita bermain Bola Keranjang manakala peserta lelaki bermain untuk Futsal. Perlawanan ini berlangsung selama 45 minit.

            Acara kemuncak untuk program ini ialah Majlis penutupan dan penyampaian hadiah serta saguhati kepada pemenang. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil Pensyarah Program Fisioterapi, En. Vikram Mohan. Seterusnya majlis menjemput Timbalan Dekan Fakulti Sains Kesihatan ‘International College Of Sudan’ untuk memberi ucapan seterusnya menerima cenderamata yang disampaikan oleh En Vikram. Setelah itu, Majlis memberi laluan kepada para peserta untuk berkongsi pendapat dan pandangan tentang program yang telah dijalankan. Dua orang wakil pelajar Sudan telah tampil ke hadapan untuk memberikan ucapan. Tanpa melengahkan masa, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang. Majlis bersurai tepat jam 6.30 petang. Beberapa sesi fotografi telah di jalankan untuk kenang- kenangan.

 
 senam areobik bersama pelajar-pelajar uitm puncak alam.

 
ketibaan pelajar dan pensyarah dari negara Sudan
 
saraan pagi
 
boling padang. pelajar menunjukkan reaksi positif dengan berinteraksi bersama pelajar dari negara Sudan.



 
Acara baling selipar



 
galah panjang

ting-ting
 congkak

 ceper


batu seremban

guli

 gambar bersama wakil Pemimpin pelajar bersama-sama pensyarah dari negara Sudan

aktiviti bersama-sama pelajar dari Sudan dengan pelajar diploma fisioterapi .
permainan ini dinamakan "saya,awak"


perlawanan futsal bersama-sama pelajar dari negara Sudan bersama wakil pelajar Diploma Fsk

basket ball
  acara penutupan.

ucapan kata-kata aluan oleh wakil pensyarah dari negara Sudan, sebelum penyampaian hadiah
 
gambar pelajar dari n
egara Sudan, pensyarah dari negara Sudan dan bersama wakil pensyarah fisioterapi UiTM Puncak Alam.


Gambar bersama pelajar fisioterapi Uitm Puncak Alam bersama-sama warga pelajar dan pensyarah dari negara Sudan sebelum majlis bersurai.

Friday, 13 December 2013

SELAMAT MENGUNDI

SELAMAT MENGUNDI =)

Link undian :

http://www.addpoll.com/palam2012/survey/pilihanrayaphytas


undian akan ditutup pada 15/12/2013 Jam 12 a.m.

Thursday, 12 December 2013

CALON-CALONNYA ADALAH..



UCAPAN PRESIDEN PHYTAS 2012/2013 SEMPENA PILIHANRAYA PHYTAS 2013 " Menjurus KePuncak Harapan"

UCAPAN PRESIDEN PHYTAS 2012/2013 SEMPENA 
PILIHANRAYA PHYTAS 2013
" Menjurus KePuncak Harapan"

Setahun sudah berlalu, saya dan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi (MT) dan Exco-exco Persatuan Pelajar Fisioterapi (PHYTAS) UiTM Puncak Alam sesi 2012/2013 memegang tampuk pentadbiran. Jika pantai ada pasang surutnya, jika malam ada silih gantinya dengan siang, jika hidup ada kematiannya dan jika kita menyukai sudah pasti ada benda yang kita membencinya dan yang terakhir sekali jika ada pertemuan sudah pasti ada perpisahan. Inilah falsafah alam dan kehidupan yang perlu kita terima sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini.

Kita hidup di sini umpama satu keluarga dan saling melengkapi. Di sini lah kita kenal belajar mengenai kehidupan sebelum melangkah ke alam pekerjaan nanti. Oleh itu, saya menyeru kepada warga PHYTAS agar bersama-sama mengembleng tenaga, buah fikiran dan sebagainya demi menaikan nama PHYTAS sekaligus mengaktikan diri mahasiswa sekalian dalam apa jua bidang sebagai persediaan sebelum kita melangkah ke alam pekerjaan nanti.

Untuk makluman semua, proses pemilihan calon untuk pemilihan jawatan kuasa PHYTAS bagi sesi pada kali ini telah diadakan pada 2 bulan yang lalu dimana mereka yang berminat perlu mengisi borang dan mereka perlu melalui proses temuduga bersama Majlis tertinggi. Seterusnya mereka perlu melalui beberapa kursus mingguan dimana mereka diberi tugasa di dalam kumpulan. Disini sifat kepimpinan, penglibatan dan sikap mereka di uji. Selepas perbincangan bersama Majlis tertinggi, 12 calon akhir Majlis tertinggi dipilih.

Sebagai pemimpin yang berilmu anda perlu menangani sesuatu isu dengan berhemah dan bertindak dengan rasional serta bersifat terbuka. Jauhilah diri dari bersikap emosi semasa membuat sesuatu tindakan kerana ia tidak sahaja akan merosakkan nama anda tetapi juga nama persatuan dan imej universiti.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu, bersatu padu MENJURUS KE PUNCAK HARAPAN menjadikan impian ini sebuah realiti. Demi PHYTAS, usaha bakti kita curah, kepada Tuhan kita berserah.

Akhir kata,sebagai peringatan untuk kita bersama...
Jangan undi kerana rupanya,
Jangan undi kerana ketinggiannya,
Jangan undi kerana popularitinya,
Tapi undilah kerana integritinya..
Salam Perubahan...DAN SELAMAT MENGUNDI~

"ILMU DARI TUHAN TANGAN UNTUK INSAN"

(SAFWAN IDHAM B RAMLAN)
Presiden
Persatuan pelajar Fisioterapi 2012/2013

PILIHANRAYA PHYTAS DAN AGM 2013

Asslamualaikum..setelah lebih setahun kepimpinan PHYTAS 2012/2013 berkhidmat, kini telah tiba jawatankuasa kami melabuhkan tirai dan membuka lembaran baru kepada jawatankuasa yang baru..pilihan raya akan diadakan pada Sabtu dan Ahad (14 dan 15 Disember 2013)..undian secara online akan dibuka pada jam tepat 12 a.m dan di tutup pada 12 a.m 15hb..undian dubuka selama 48 jam..link undian akan diber dalam masa terdekat ini..sehubungan itu juga calon-calon akan diumumkan dalam masa terdekat ini..harap maaf diatas segala kesulitan..dan SELAMAT MENGUNDI!!!

Tuesday, 23 July 2013

KARNIVAL KESIHATAN 2013

KARNIVAL KESIHATAN 2013




Pihak UiTM telah menganjurkan Karnival Kesihatan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 20 hari bulan Jun sehingga 22 hari bulan Jun. Kampus induk UiTM Shah Alam merupakan tuan rumah sepanjang karnival berlangsung. Fakulti Sains Kesihatan dari UiTM kampus Puncak Alam tidak ketinggalan dalam menjayakan karnival tersebut. Jabatan Fisioterapi telah menghantar lima belas orang pelajar yang terdiri daripada pelajar diploma semester tiga dan lima untuk menabur khidmat bakti kepada warga UiTM sepanjang berlangsungnya karnival tersebut.

Slot pemeriksaan postur tubuh badan telah dijalankan pada hari pertama karnival dimana para pengunjung akan dianalisa, dinilai dan diberi pendedahan tentang kepentingan menjaga dan mengekalkan postur badan yang normal. Disamping itu, para pengunjung juga dibimbing dan diajar tentang cara-cara mendapatkan postur tubuh yang seimbang dan sihat agar mereka dapat menjalankan aktiviti-aktiviti harian tanpa masalah.

Sementelahan itu, pengisian untuk hari kedua dan ketiga adalah dengan melaksanakan ujian keseimbangan badan secara berperingkat dan ujian ketahanan otot. Ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap keseimbangan juga tahap ketahanan pengunjung. Dalam pada itu, para pengunjung turut diberi penjelasan berkaitan kondisi fizikal meraka, dan mereka juga digalakkan untuk melakukan beberapa aktiviti fizikal yang mudah agar daya tahan otot mereka boleh ditingkatkan.

 Para peserta yang melibatkan diri tampak berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan. Kebanyakan daripada mereka berazam untuk melakukan aktiviti fizikal yang telah disarankan untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal mereka.

Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa hadapan kerana aktiviti sebegini memberi ruang dan peluang kepada mereka yang sibuk dengan urusan seharian untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan keadaan diri mereka sekaligus memberi suntikan motivasi dalam diri mereka untuk tampil lebih sihat dan bertenaga di hari muka. Perkara ini secara langsung mampu melahirkan sebuah Negara yang mantap kerana mempunyai modal insan yang sihat, bertenaga dan berwawasan.
In sha Allah…

   


Saturday, 1 December 2012

IMBAS KEMBALI A NIGHT TO INSPIRE MUSIM PERTAMA

Sementara Kita menunggu Musim Ke - 2 yang bakal berlangsung 10 Disember ini, Mari Kita saksikan Short film Peserta A NIGHT TO INSPIRE MUSIM PERTAMA~


JUARA
NADA - Aku Mahu Berubah
Tajuk - Obesity / Tema - Comedy
Director : Nik Muhammad Syafiq


NAIB JUARA
PHYTAS - Haluan
Tajuk - Rokok / Tema - Crime
Director : Safwan Idham


TEMPAT KETIGA
PPPCK - Sahabat
Tajuk - Glioblastomas / Tema - Melankolik
Director : Syahirah Hanim

PESERTA

EHSAN - Aneroxia Nervosa
Tajuk - Aneroxia Nervosa / Tema - Romance
Director : Haris Taquiddin



PESERTA
OPTIMIST - Alzheimer
Tajuk - Alzheimer / Tema - Seram
Director : -

Friday, 30 November 2012

PROGRAM AEROBIK YOK MEGA



Program Aerobik Yok Mega, 2012 telah dijalankan pada 25hb November 2012 iaitu pada hari Ahad. Program ini berlangsung selama tujuh jam. Program ini melibatkan seluruh program di bawah Fakulti Sains Kesihatan terdiri daripada enam kumpulan.

Objektif program ini ialah untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai minda yang cerdas dan cergas.
Selain itu, melahirkan mahasiswa yang mempunyai sifat daya saing yang sihat. Program ini juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa walaupun berlainan jurusan di samping memaksimakan kemahiran komunikasi. Di samping itu, memupuk kerjasama antara ahli pasukan serta melahirkan mahasiswa berminda kreatif dan kritis.

Sebelum memulakan pertandingan, aktiviti memanaskan badan telah dilakukan dan diketuai oleh Siti Atiqah dan Nurul Farhani selama 3 minit. Selepas itu, bermulalah pertandingan aerobik untuk sesi pertama. Pada sesi pertama peserta-peserta perlu mengikut pergerakan instruktor, En. Mohd Hanif. Kemudian, mereka telah diberi setengah jam untuk menghafal  serta memikir pergerakan tambahan untuk diulangi semula pada setengah jam berikutnya. Hal ini dapat menguji kadar kecekapan peserta-peserta untuk menghafal pergerakan tersebut disamping dapat menilai  tahap kreativiti mereka dalam menghasilkan pergerakan yang menarik.

Selesai sesi pertama, program diteruskan dengan sesi kedua iaitu pergerakan aerobik yang telah disediakan oleh para peserta sendiri. Mereka diberi 3 minit untuk mempersembahkan pergerakan mereka berserta lagu yang telah mereka pilih sebelum hari pertandingan. Mereka dibenarkan untuk menggabungkan beberapa buah lagu untuk dijadikan sebuah lagu. Melalui aktiviti ini kerjasama berpasukan dapat dilihat dari aspek keseragaman pergerakan sewaktu aerobik. Kemudian, sementara menunggu keputusan pemenang, aktiviti sampingan telah diadakan seperti aerobik yang diketuai oleh tetamu khas iaitu para juri, En. Mohd Hanif dan Cik Nonny Nadhirah. Selesai aerobik, majlis penyampaian hadiah dijalankan. Sesi fotografi beramai-ramai diadakan sebagai penutup majlis.

 Diharap agar program ini dapat membuka minda semua mahasiswa dan mahasiswi bahawa bersukan itu adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan disamping dapat menyihatkan badan. Semoga dengan usaha murni ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan.






Laporan disediakan oleh,

AINUL ASYIKIN BINTI SHUHAIMI,
KETUA PROGRAM AEROBIK YOK MEGA
Sesi 2012/2013

Tuesday, 27 November 2012

PROGRAM DARI PEMIMPIN KEPADA PEMIMPIN

Program Dari pemimpin kepada pemimpin, 2012 telah dijalankan pada 19hb Oktober 2012 iaitu pada hari Sabtu. Program ini berlangsung selama lapan jam. Program ini melibatkan seluruh jawatankuasa tertinggi PHYTAS 2012/2013 meliputi pelajar ijazah sarjana muda dan pelajar diploma iaitu seramai 55 orang.

Objektif program ini ialah untuk Melahirkan mahasiswa yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan berwibawa selain Membantu dalam mempertingkatkan sahsiah dan semangat kepimpinan serta pengurusan organisasi sesebuah organisasi yang berkesan. Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada jawatankuasa tentang penghayatan yang sentiasa berpandukan integriti, hormat, kebebasan akademik, berfikiran terbuka, kebertanggungjawaban, profesionalisme, meritokrasi, semangat kerja berpasukan, kreativiti dan tanggungjawab sosial.
Program yang diharap dapat melahirkan jawatankuasa yang mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap tugas kepimpinan ini telah dipimpin oleh Saudara Safwan Idham B Ramlan,Presiden PHYTAS sesi 2012/2013. Dalam taklimatnya Saudara Safwan menyentuh beberapa aspek bagaimana menjadi pemimpin yang boleh dicontohi. Antaranya sikap bertangungjawab, menjadi contoh kepada pelajar lain, mampu bersikap tegas apabila berhadapan dengan sesuatu situasi pemasalahan. Selain itu beliau membentangkan mengenai perlembagaan PHYTAS, portfolio exco, logo persatuan dan pembentangan aktiviti bagi sesi 2012.

Selesai taklimat, majlis diteruskan dengan pembahagian kumpulan LDK. Pengerusi majlis, Izyan hazirah dengan bantuan dari fasilitator yang lain telah menyusun atur jawatankuasa dalam kumpulan. Aktiviti yang dijalankan didalam kumpulan adalah perbincangan misi dan visi, penciptaan logo exco, pelan pusat pelajar dan takwim aktiviti persatuan. Presiden dan Majlis tertinggi akan membuat penilaian dan membuat rumusan mengenai pembentangan yang dibuat.

Syukur program yang dirancang berjalan lancar, atas kerjasama semua biro bertugas serta kerjasama daripada jawatankuasa itu sendiri.

Diharap agar program ini dapat membuka minda semua jawatankuasa yang baru . Semoga dengan usaha murni ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik serta bukan akademik pelajar tersebut.

Tuesday, 23 October 2012

Program Hari Keluarga Fisioterapi

Program Hari Keluarga Fisioterapi sepatutnya berlangsung pada 22 September 2012 tetapi telah diubah kepada 21 September 2012 kerana pelajar ijazah semester 7 harus menghadiri Kemahiran Insaniah pada sebelah pagi hari Sabtu tersebut. Oleh itu, kami telah merombak balik tarikh kepada 21 September 2012 bermula pagi sehingga tengahari dan aktiviti berlangsung di Padang Kawad dan Padang Angsana UiTM Puncak Alam.
Pada 21 September 2012, program tersebut bermula di Padang Kawad pada pukul 7.00 pagi dimana para peserta mendaftar untuk mengambil kira kedatangan masing-masing dan mengetahui kumpulan masing-masing dan siapa fasilitator bagi setiap kumpulan. Terdapat 20 buah kumpulan dan setiap ahli mempunyai 16 ke 20 orang ahli. Sesi pengenalan juga berlangsung antara ahli kumpulan.

Pada pukul 7.30 pagi, program  telah dimulakan dengan aktiviti aerobik yang dikendalikan oleh pelajar ijazah semester 3. Pada pukul 8.00 pagi, sesi taklimat berlangsung, biro sukan memberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dilangsungkan dengan pembahagian kumpulan kepada 2 bahagian. Aktivi pertama program Hari Keluarga bermula dengan acara tarik guni. Peserta dalam berpasangan dan dikehendaki menarik guni secara bergilir antara pasangan. Aktiviti berlangsung antara 15 minit.

Aktiviti kedua adalah acara lari ikat kaki secara berpasangan. Peserta dikehendaki mengikat kaki bersama pasangan dan berlari hingga ke garisan permulaan semula. Seterusnya acara diteruskan dengan acara lari menggunakan tempurung. Peserta diminta lari menggunakan tempurung ulang alik hingga ke garisan penamat. Acara yang terakhir adalah boling kelapa. Dimana peserta diminta membaling kelapa kearah 10 biji botol dan berterusan sehingga 15 minit. Bilangan botol yang tumbang dikira untuk mengetahui kumpulan mana yang layak ke final.

Seterusnya, pada pukul 10 pagi, segala acara ditunda bagi memberi ruang kepada pelajar dan staf untuk makan pagi dan berehat. Acara diteruskan pada pukul 10.30 pagi dengan pengumuman kumpulan yang layak melangkah ke final. Setelah diumumkan kumpulan yang layak ke final, acara diteruskan dengan permainan baling selipar dan galah panjang. Tetapi, disebabkan kekangan masa, acara galah panjang terpaksa dibatalkan. Selepas itu, acara dihentikan dengan acara kejutan dimana para pensyarah harus terlibat. Antaranya adalah mengambil gula-gula dalam pinggan berisi tepung dan membaling belon berisi air.



Selepas acara pensyarah tamat, pengumuman pemenang diumumkan dan upacara penyampaian hadiah dan cenderahati pun berlangsung. Selepas itu, pelajar pun bersurai dan harus bersiap kerana pada sebelah petang diadakan AGM (Annual Grand Meeting) PHYTAS di DK500. Segala yang berlangsung pada program Hari Keluarga Fisioterapi ini berjalan dengan lancar dan selamat.

Majlis Mesyuarat Tahunan & Majlis Makan Malam Fisioterapi 2012

Majlis Mesyuarat Tahunan & Majlis Makan Malam Fisioterapi 2012 berlangsung pada 22 September 2012, bermula dengan berkumpulnya pelajar di tempat letak kereta Fakulti Farmasi 1 dengan 5 buah bas serta ada pelajar yang bertolak dengan menaiki kenderaan sendiri. Kehadiran dicatitkan dan ditetapkan bas bagi memudahkan diuruskan. Bas bertolak pada pukul 4.30 petang.
Sesampainya peserta di Restoran MAEPS, MARDI, Serdang pada pukul 6.00 petang, pendaftaran pelajar dimulakan mengikut semester. Selesai pendaftaran, pelajar dibenarkan bersiar-siar sekitar kawasan MAEPS dan melakukan aktiviti bebas termasuklah menunaikan solat Asar dan maghrib dari pukul 6.30 petang sehinggalah 7.45 malam.

Majlis bermula pada pukul 7.45 malam dengan acara Insan Bertuah Slot 1. Pelajar yang dipanggil untuk menerima hadiah ialah mengikut kriteria tertentu yang diminta oleh pengerusi majlis, dari segi jenis pakaian, warna,dan sebagainya.


Tetamu kehormat iaitu Dr. Mohd Hanafi b. Ali dan isteri beliau tiba pada 8.00 malam, bacaan doa diteruskan oleh Muhamad Hanif Zakaria, pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi.
Ucapan dimulakan oleh Presiden PHYTAS, diikuti dari Timbalan Dekan, Dr. Mohd Hanafi b. Ali seterusnya merasmikan majlis. Gimik perasmian pada majlis tersebut ialah tarian zapin yang sangat menarik dipersembahkan oleh para pelajar diploma semester 3.

Setelah itu, para pelajar cemerlang diberikan anugerah termasuklah Anugerah Dekan, Anugerah Pelajar Terbaik Akademik, Kepimpinan dan juga Sukan. Acara makan diteruskan dan Mesyuarat Tahunan juga bermula. Dalam masa yang sama, Persembahan para pelajar diselangselikan juga dengan slot Insan Bertuah. Majlis pada malam tersebut bersurai pada pukul 11.00 malam.